Kerjaya Aseh Che Mat

Aseh memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Perbendaharaan Malaysia pada Mac 1974 dan kemudian berpindah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Beliau pernah ditempat di Sarawak selama lima tahun dan kemudian berpindah ke Sabah selama dua tahun.

Sejurus kembali dari belajar di AS , Aseh dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Hak Ehwal Polis, KDN ; Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Disember 1995) ; Ketua Pengarah Imigresen (1998).

Aseh memperkenalkan pelbagai inovasi baru antaranya pengenalan pasport chip yang pertama serta sistem autogate di pintu masuk negara sekaligus mengharumkan nama jabatan itu sebagai antara yang terbaik. Jabatan Imigresen berjaya mendapat RM2 bilion berbanding hanya RM330 juta sebelum itu. Beberapa inovasi diperkenalkan seperti pasport pintar, pelaksanaan piagam pelanggan dan persijilan ISO di kaunter-kaunter imigresen. Seterusnya Ketua Setiausaha pada Februari 2001 hingga bersara pada 22 Oktober 2007.